Apapun alasannya, judi tetap haram, walaupun ianya dihalalkan oleh pemerintah hari ini. Semalam, Kerajaan telah meluluskan pertaruhan atau JUDI Piala Dunia 2010 dan diberi Lesen kepada kumpulan BERJAYA. Apakah alasan untuk mengawal judi haram berleluasa, maka di'halal'kannya.
Taubatlah saudaraku...takutlah akan neraka Allah yang membakar dimana bahan bakarnya adalah terdiri daripada Jin dan Manusia.
Berikut kenyataan yang dipetik daripada BERNAMA.
p/s :- Buka minda, tanya iman, dimanakah kita..bersama mereka yang zalim atau mengikuti jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah SAWKUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Bernama
Sumber: ibnuibrahim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment