Monday, May 25, 2009

Konvensyen Pas Perak ke 14

Konvensyen Pas Perak kali ini diadakan di Dewan bandaran Teluk Intan. Sebagai tuan rumah, Pas Kawasan Teluk Intan telah menyediakan kemudahan yang amat sempurna. Tahniah kepada Pas Teluk Intan.

Perwakilan Tanjung Malim seramai 15 orang telah diketuai oleh Tn Hj Abdul Salam yang juga bertindak sebagai perwakilan yang berbahas bagi Pas Kawasan Tanjung Malim.

Konvensyen kali ini bertemakan "Kecemerlanagn Dakwah Teras Kemenangan". Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya Pas Perak mengambil masa kira-kira 40 minit untuk membentang ucap tama ini. Ternyata perwakilan daripada semua kawasan tidak melepaskan peluang membahaskan ucaptama ini sambil melontarkan beberapa pandangan yang bernas.

Perasmian yang diadakan di tengah-tengah konvensyen ini telah disempurnakan oleh Tn Guru Hj Hadi Awang. Beliau sempat meluangkan masa bersama-sama Pas Perak dan meneruskan perjalanannya ke Penanti.

Majlis berakhir pada jam 7.00 petang dengan ucapan serta amanat penting daripada Ustaz Ahmad Awang. Antara kata-kata akhir beliau ialah:

"Saya sudah 8 tahun memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak dan 2 Tahun sebulum itu menjadi Timabaln Pesuruhjaya, sudah 10 tahun, satu dekad sudah, jadi saya mahu pengganti saya orang yang dinamik, progresif dan bertenaga".

Buat pejuang Pas sekalian, bersedia untuk ke Muktamar Pas Pusat. Insyaallah.

No comments: