Monday, May 18, 2009

Ziarah Kebakaran Di Kuala Slim



Satu kebakaran telah berlaku, melibatkan rumah seorang penduduk di Kampung Kuala Slim pagi tadi. Mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan kerugian banyak harta benda sempat diziarahi oleh YDP Pas Kawasan Tanjung Malim, A.F. Ustaz Tarmizi Ab Rahman.

Menurut Setiausaha Pas Kawasan, Sdr Salim Arifin yang juga penduduk Kg Kuala Slim, mangsa telah diziarahi oleh YDP Pas Kawasan serta menyerahkan bantuan berupa pakaian dan keperluan sekolah bagi meringankan beban mangsa dan memastikan anak-anak mengsa dapat meneruskan persekolahan.

Turut hadir mengiringi Ustaz Tarmizi ialah Ketua Penerangan Pas Kawasan, Sdr Khalili kassim sertya beberapa pimpinan Pas Kawasan Tg. Malim.

Seorang penduduk kampung yang ditemui melahirkan rasa hormat beliau kepada AF Ustaz Tarmizi dan Pas Kawasan Tg malim kerana begitu prihatin membantu rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.

No comments: