Tuesday, May 26, 2009

Hujan Rahmat Mengiringi DS Ir Nizar Jamaludin di Slim River

Hujan yang agak lama tidak turun di Slim River berakhir semalam dengan kehadiran MB Pakatan Rakyat ke sini. Dato' Seri Nizar Jamaludin tiba di MTD Slim kira-kira jam 5.45 petang. Ketika itu, hujan turun, menyejukkan Pekan Slim River. Alhamdulillah, inilah yang dikatakan keberkatan yang Allah nak tunjukkan kepada penduduk di Kawasan Tanjung Malim ini.

DS Nizar dalam programnya bersama Pas Kawasan Tg Malim memulakan sesi dialog di MTD Slim bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Antara yang hadir sama ialah pimpinan PKR dan DAP. Turut memberi ucapan ialah Sdr Mohd KY Tiang, yang juga merupakan pegawai khas DS Nizar Jamaluddin. Kira-kira 500 orang mendengar ucapan beliau.

Dalam ucapannya, beliau menggelarkan MB Perak (Zamri) sebagai Menteri Besar Mahkamah, sebaliknya beliau ialah Menteri Besar Rakyat. Beliau turut mengulas tentang tindakan mahkamah yang memutuskan Zamri sebagai MB tanpa penghujahan. Beliau terpaksa menunggu kertas penghujahan untuk difailkan di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan hari ini. Malangnya, sekali lagi mahkamah terus menangguhkan, entah berapa lama.

Selepas majlis berakhir kira-kira pukul 7 .00 malam, selepas menikmati sedikit jamuan, beliau terus bergegas ke Masjid Besout 4. Beliau bertazkirah di sana dan mengimamkan Solat Isyak. Setelah itu, beliau berceramah di Besout 2.

Dalam banyak ucapan DS Nizar, beliau tetap membayangkan akan berlaku pilihanraya di DUN Perak. "Marilah semua, bersedia untuk tumbangkan BN". lalu disambut dengan laungan takbir!!

No comments: