Wednesday, May 27, 2009

Laporan Polis Peneroka Felda di Slim River

Seramai kira-kira 50 orang peneroka Felda sekitar Kawasan Tanjung Malim berkumpul di Pejabat MTD Slim di Taman Seroja, Slim River seawal jam 9.40 pagi. Kira-kira pukul 10.00 pagi, YDP Pas Tg Malim, AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman memulakan ucapan dan diikuti oleh Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK). Dalam ucapan Sdr Mazlan, beliau banyak menyentuh tentang betapa perlunya warga Felda bangkit dan mempertahankan hak mereka daripada terus dizalimi.

Sekitar jam 10.30 pagi, seramai 27 peneroka berkumpul di Balai Polis Slim River untuk membuat laporan polis. Turut mengiringi mereka untuk membuat laporan polis tersebut ialah AF Ustaz Mohd Tarmizi Ab Rahman, Setiusaha Pas Kawasan Sdr Salim bin Arifin, Ketua Penerangan Pas Kawasan Imam Khalili bin Kassim, Ketua Pemuda Pas Kawasan Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli serta beberapa pimpinan kawasan dan pemangku Ketua Bahagian Keadilan Tg Malim.

Laporan yang dibuat adalah berkaitan dengan penyelewengan tanaman semula dan bantuan sara hidup peneroka felda. Difahamkan, antaranya pihak pengurusan felda tidak memulangkankan wang cagaran kepada peneroka apabila peneroka mengusahakan sendiri tanaman semula tersebut.

Pada jam 3.00 petang ini, Sdr Mazlan Aliman akan mengadakan dialog dengan penerok felda di Dewan Orang Ramai Felda Trolak Utara. Sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di Felda Trolak Selatan. Semua dijemput hadir.

Ketika tulisan ini disiarkan, mereka masih di Balai Polis Slim River. Bersama kita berdoa agar kezaliman ini akan terhapus dari Bumi Malaysia ini khususnya dan di dunia amnya buat selama-lamanya. Amin..

No comments: