Wednesday, May 19, 2010

ADUN Slim Tidak Menghiraukan Masalah Banjir Di Pekan Trolak

Banjir kerap berlaku di Pekan Trolak. Terbaru berlaku lagi banjir di Kampung Trolak Lama pada 16.05.2010 yang lalu. Sebanyak 8 buah rumah penduduk telah mengalami banjir yang agak teruk. 5 buah rumah keluarga Melayu dan 3 buah rumah keluarga India.


Air sungai di belakang rumah telah memasuki rumah penduduk berkenaan pada waktu Mahgrib dan mulai surut pada jam hampri 12.00 tengah malam. Kerja-kerja pembersihan rumah telah dilakukan oleh Ahli Unit Amal Kawasan Tanjong Malim sehingga jam 3.00 pagi.


Banjir sering melanda di Kampung Trolak Lama tersebut berikutan daripada air hujan yang banyak serta peparitan yang tidak diselanggara dengan baik oleh KTMB adalah punca kejadian tersebut.


Banjir juga kerap melanda penduduk tersebut dan sehingga ini tiada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah ini, walaupun ianya telah dilaporkan kepada ADUN SLIM iaitu Dato Khusairi. Apa yang sangat dikesali adalah tiada kerjasama dari penduduk setempat (Kampung Trolak Pekan) dan Ketua Kampung iaitu Ishak Tahir yang hanya datang 'menjenguk' dan tidak ada apa-apa tindakan susulan yang diambil. 2 daripada keluarga tersebut telah membuat permohonan sebelum ini bagi mendapatkan penempatan yang lain dan permohonan mereka telah ditolak dengan alasan telah memiliki rumah sendiri.

Sehubungan dengan itu, juga PAS Cawangan Trolak memohon dan merayu kepada sesiapa yang sudi membantu penduduk yang terlibat dengan banjir ini agar dapat menyalurkan bantuan derma kewangan, bagi meringankan beban kerosakan barangan akibat kejadian tersebut. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Ketua Pas Cawangan Pekan Trolak iaitu Ustaz Mohd Shafie bin Hamid.

1 comment:

Anonymous said...

tahun pru 13 kita tolak wakil rakyat tu tak buat kerja.