Tuesday, February 28, 2012

Fahami Sejelasnya Matlamat Perjuangan Pas

Semua ahli Pas diseru agar memahami dengan sejelas-jelasnya tentang matlamat perjuangan Pas yang bermatlamatkan kepada tertubuhnya sebuah negara yang di dalamnya diamalkan hukum dan peradaban Islam secara keseluruhannya. Kegagalan memahami matlamat perjuangan menyebabkan ada antara ahli gerakan yang terpengaruh dengan dakyah pihak lawan sehingga akhirnya berpegang kepada fakta yang batil.

Menempatkan diri dalam perjuangan Pas adalah wajib kerana Pas memperjuangkan islam sebagai dasar. setiap keputusan yang dibuat, adalah melalui Majlis Syura Ulama'. Maka, tidak timbul Pas telah lari daripada perjuangan asal yang dilaung-laungkan oleh puak UMNO dan kuncu-kuncunya akhir-akhir ini.

Selain itu, perjuangan mestilah dimulakan dengan sifat ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah SWT agar Allah menetapkan hati dan perjuangan kita sehingga kita berjaya memperolehi kemenangan di dunia ataupun menemui syahid di jalan Allah.

Begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh Timbalan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Abdul Salam bin Abdullah ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Slim Village Maju pada 25 Februari yang lalu. Turut bersama hadir bagi pihak Pas Kawasan, Tn Hj Junid bin Anuar, Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, yang turut menyampaikan beberapa pesanan daripada pihak Pas kawasan.

Mesyuarat Agung Pas Cawangan ini berjalan seperti yang dirancang atas kehendak Allah dengan jayanya. Tn Hj Salam meninggalkan majlis sejurus selesai jamuan ketika majlis berhenti rehat sebelum disambung dengan agenda mesyuarat penuh.

No comments: