Thursday, February 9, 2012

UMNO Khianati Peserta Tanah Felcra

Slim River- Matlamat diwujudkan Felcra adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memperolehi tambahan pendapatan secara pemberian keuntungan secara berkala. Malangnya hal ini tidak seperti yang dijanjikan, bahkan mereka yang diberi kuasa telah melakukan pembelotan yang menyebabkan individu yang sepatutnya diberi hak, tidak mendapat haknya. Lain pula bagi yang tidak berhak kerana berpendapatan tinggi serta berkedudukan dalam masyarakat, dan disebabkan berjawatan dalam kepimpinan UMNO Tg Malim, maka individu ini terus mendapat ganjaran. Mereka ini terus kaya dan kaya kerana tersenarai dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim.

Perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Abdul Salam dalam sesi ceramahnya pada 2 Februari lalu yang diadakan di Kuala Slim.

Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh beliau pada hari berikutnya:

TANAH FELCRA : UMNO KHIANATI PESERTA


Pas Kawasan Tanjung Malim merasa amat dukacita dengan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Tanjong Malim. UMNO Bahagian Tg Malim telah menggunakan kaedah menghalalkan cara demi memperoleh keuntungan kepada pihak tertentu yang terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian UMNO Tg Malim.



Bagi Pas Kawasan Tg Malim, Tanah Felcra yang telah dianugerahkan kepada mereka yang layak atas faktor ekonomi yang rendah sepatutnya dilayan dengan memberikan dividen setelah mereka membayar premuim dan mendapatkan geran hak milik tanah. Malangnya, mereka yang membayar premium tidak memperolehi sebarang dividen seperti dijanjikan, tetapi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tg Malim dan seorang ahli perniagaan UMNO, tanpa perlu membayar sejumlah premium, dan hanya menandatangani satu borang tukar hak milik, telah dibayar dengan sejumlah wang (21,000.00) sebagai dividen Felcra.



Apakah kelayakan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Tg Malim dan seorang ahli perniagaan ini untuk diberi hak tanah dan dividen Felcra? Apakah mereka digolongkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah? Bagaimanakah nasib peserta-peserta lain yang memang layak memperolehi hak, tetapi masih tidak memperolehi apa-apa dividen sehingga hari ini.



Berbekalkan amanah jawatan yang diberi oleh rakyat, dengan segala peluang yang diwujudkan untuk rakyat marhain bagi meringankan beban kesusahan hidup, telah diselewengkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim. Di manakah slogan yang sering dilaung-laungkan UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu. Jangan biarkan anda semua dikenang sebagai penyangak yang membujur lalu melintang patah bila berpeluang membolot harta rakyat.



HJ ABDUL SALAM


Timbalan YDP,

Pas Kawasan Tg Malim.

No comments: