Monday, February 13, 2012

Himpunan Peneroka Negeri Perak

Trolak Utara - Satu himpunan yang menggabungkan seluruh peneroka Felda dalam negeri Perak telah berjaya dianjurkan pada 11 Februari yang lalu. Himpunan yang diadakan di Felda Trolak Utara itu telah dihadiri lebih daripada 300 peneroka yang kebanyakannya datang dari peneroka, anak-anak peneroka generasi kedua di kawasan Tanjung Malim serta pertubuhan pekebun kecil.

Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama Pas Kawasan Tanjung Malim dan Anak. Pihak penganjur yang melaksanakan program ini berpuas hati dengan kehadiran peserta pada sesi dialog yang dikendalikan oleh Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.

Antara ahli panel yang menjayakan dialog ini terdiri daripada Presiden Anak, Tn Hj Mazlan Aliman, Sdr Haris Abdullah (Peguam) Dr Rusli Yaakub (Pakar Ekonomi) dan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Dalam suasana yang agak panas kerana permohonan menggunakan dewan Felda Trolak Utara telah dibatalkan di saat-saat akhir, namun majlis dialog telah berjaya mencapai matlamat serta mendapat respon yang baik daripada hadirin.

Di sebelah malamnya, kesemua ahli panel telah berceramah di hadapan kira-kira seribu orang yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka felda dan generasi kedua felda yang hadir untuk mendapatkan maklumat tentang penyenaraian Felda Global ke BSKL.




No comments: