Wednesday, February 15, 2012

PR Yakin Dapat Memerintah Negeri Perak - Aminuddin Zulkipli

Pas melalui Pakatan Rakyat berkeyakinan akan menawan semula Negeri Perak pada pilihanraya akan datang berdasarkan mood pengundi yang majoritinya telah terlalu benci kepada Barisan Nasional. Hal ini telah ditegaskan oleh YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika berceramah di hadapan Pejabat Pas Kawasan Tg Malim. Beliau juga mengulangi hasrat bahawa kemenangan pakatan rakyat melalui kerjasama erat parti dalam Pakatan Rakyat akan menampakkan hasil pada pilihanraya akan datang serta menumbangkan rejim BN.

Turut berceramah pada majlis tersebut ialah Cik Chua Yee Ling, Exco Wanita PKR Pusat, YB Sivakumar, Adun Tronoh dan YB Drs Idham Lim, Adun Titi Serong.

Ribuan hadirin membanjiri perkarangan pejabat pas kawasan yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Suasana yang ditunjukkan ini mengiakan ucapan YB Sivakumar bahawa BN kehilangan 90% undi Cina dan 50% undi masyarakat Melayu serta 30% masyarakat India.

Dalam ucapan YB Drs Idham Lim, beliau menyeru semua kaum di Malaysia menolak BN yang selama ini menindas rakyat serta mengamalkan kronisme. Beliau menarik perhatian hadirin dengan menukilkan Sirah Rasulullah SAW dan bagaimana keadilan Islam diterjemahkan dalam pentadbiran sehingga membawa rahmat kepada seluruh alam, termasuk orang-orang bukan Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau istana tak perkenan macam mana ?